MADU LEBAH KELULUT PREMIUM


FAKTA MENGENAI MADU LEBAH KELULUT
- Lebah kelulut merupakan lebah spesies Meliponini dari keluarga lebah Apoidea. Ia tidak mempunyai sengat. Sekiranya diganggu mereka akan menggigit untuk mempertahankan diri. Terdapat lebih dari 500 jenis spesies lebah kelulut di seluruh dunia. Ia boleh di dapati di kawasan-kawasan tropika dan subtropika seperti Asia Tenggara, Australia, Tropika Amerika, Kepulauan Solomon, New Guinea, India, Sri Lanka malah di Afrika. Lebah kelulut mengumpul nektar melalui tumbuh-tumbuhan yang berbunga atau melalui daun dan ianya difermentasikan (proses penapaian) di dalam sarang yang disaluti oleh propolis dan akhirnya madu kelulut dihasilkan.
- Awalnya lebah kelulut akan mengumpul nektar/debunga yang mengandungi kandungan air melebihi 80% dan disimpan di dalam perut keduanya. Melalui pelbagai aktiviti-aktiviti enzim di perut keduanya (± 15 hari) nutrien-nutrien seperti vitamin, mineral dan asid amino akan dihasilkan. Pada masa yang sama juga aktiviti-aktiviti enzim akan menukar polisakarida kepada monosakarida seperti glukosa dan fruktosa yang boleh diserap oleh badan manusia
- Selepas itu kandungan air akan berkurang kepada 30% dan ianya akan di serap ke dalam lubang sarang dan proses fermentasi (penapaian) akan dijalankan. Melalui proses-proses ini, madu kelulut yang terhasil akan mempunyai rasa masam manis dengan aroma buah-buahan
KHASIAT MADU LEBAH KELULUT
- Lebah kelulut menghasilkan madu yang mempunyai pelbagai manfaat bukan sahaja untuk mengelakkan pelbagai penyakit tetapi ia juga membantu di dalam bidang perubatan. Madu kelulut yang di simpan di dalam sarang yang disaluti propolis sangat kaya dan unik dengan bahan-bahan aktif biologi
- Ia mempunyai anti bakteria, anti radang, anti gatal, anti pengoksidaan, meningkatkan imuniti , mengurangkan gula dalam darah, lemak darah, anti tumor dan pelbagai ciri-ciri lain yang mempunyai kesan perubatan dan kesihatan pada badan manusia
- Kebaikan madu kelulut adalah ia dapat meningkatkan metabolisma, menambah tenaga dalaman, menjaga kecantikan, menguatkan wanita selepas bersalin dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan kecederaan dalaman
- Melalui rawatan tradisional, madu kelulut juga mampu membantu mengatasi masalah diabetes, hepatitis, kanser, tekanan darah tinggi dan darah rendah, batu karang, meningkatkan system penghadaman dan system imunisasi badan
- Ia juga membantu mengurangkan keletihan, memudahkan tidur, menguatkan paru-paru, melegakan batuk, menyembuhkan luka, melaraskan kandungan gula di dalam darah, menyembuhkan asma, menyembuhkan sembelit, menyembuhkan selsema,demam, batuk dan sakit tekak, meningkatkan peredaran darah dan selera makan
PROPOLIS HIJAU LEBAH KELULUT PREMIUM


FAKTA PROPOLIS LEBAH KELULUT
- Propolis berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “kota pertahanan”
- Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut
- Propolis digunakan oleh lebah kelulut untuk menampal dan mensterilkan sarangnya. Propolis bersifat anti bakteria akan membolehkan lebah kelulut melindungi sarang daripada serangan kuman, virus atau bakteria
PERBEZAAN JENIS PROPOLIS
- Terdapat pelbagai jenis propolis yang berbeza warna iaitu hitam, hijau putih, kuning & merah mengikut sumber botani yang diambil oleh lebah kelulut. Terdapat 2 jenis warna propolis yang dijual di pasaran iaitu hitam dan hijau. Propolis hijau atau dikenali sebagai propolis kristal mempunyai kandungan flavonoid ±12.7% berbanding propolis hitam cuma ±8.9%
- Propolis hijau dihasilkan oleh spesis lebah kelulut yang berbeza dengan spesis yang menghasilkan propolis hitam. Spesis ini lebih sukar untuk dipelihara dan hanya mengambil sumber botani yang terpilih sahaja menjadikan propolis yang dihasilkan mempunyai kualiti yang lebih baik
TESTIMONIALS
Jenny Liew, 35, KL

I’ve been coughing for a month, my friend recommended me to drink Trigona Bee Propolis 3 times a day. After drinking for 3 days my cough is completely cure.
William Chong, 56, Cheras

I suffering from a high levels of blood glucose cause my wound in very slow healing. I applied Trigona Bee Propolis on my wound as antiseptic and anti-inflammatory. Miracle happened next: my wound recovered in less than three weeks time!
Vivien, 36, Johor

I am Vivien, aged 36 years old. I’ve throat infection & have been taking medicine for a week but no improvement. After drinking stingless bee propolis for 3 days, my throat infection is ok.
Fatimah, 30 tahun, Puchong

Nama saya Fatimah dan berusia 30 tahun. Kawan saya memperkenalkan saya madu kelulut. Selepas minum madu kelulut tiap-tiap hari selama 3 bulan, saya menyedari bahawa kesihatan badan saya semakin baik dan tidak berasa mengantuk disesi petang waktu kerja.
Ahmad, 26 tahun, Cheras

Nama saya Ahmad. Kesihatan saya tak berapa baik sejak kecil lagi. Apabila perubahan cuaca saya senang mengalami selsema & batuk. Apabila saya cuba minum madu kelulut yang diperkenalkan oleh kawan saya 2 kali sehari, perubahan kesihatan ssaya meningkat baik. Sekarang tak senang menghidap selsema & batuk walaupun musim hujan.
Hidayati, 38 tahun, Klang

Saya Hidayati berumur 38 tahun. Saya biasa minum madu sejak persekolahan sebab ada masalah sembelit. Kawan saya memperkenalkan saya madu kelulut. Pertama kali saya rasa madu kelulut, rasanya masam manis tak serupa dengan madu yang saya minum selama ini. Selain daripada masalah sembelit saya sudah baik, kulit saya yang berjerawat pun sudah pulih.